Tuesday, February 28, 2012

32 tahun Allah pinjamkan umur buat diriku

Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan lagi umur buat aku. Semoga aku dapat memanfaatkan umur yang diberikan dengan sebaik mungkin. Ingin terus berbakti pad a ibunda tercinta, terus menjadi Isteri yang solehah buat suami yang aku cintai, Muhammad nazli, ingin menjadi Ibu yang mithali pad a Muhammad ashraf, siti jauharah Dan Muhammad fahmy... Menjadi kakak yang menjadi contoh yang baik buat siti Hurairah Dan nor anisah.

Azam untuk umur 32 tahun ini, nak sembahyang masuk waktu, nak puasa isnin khamis, nak baca surah al waqiah, al-mulk, al-dukhan setiap malam sebelum tdo . Insya Allah.

Saturday, February 4, 2012

Semoga Allah mencucuri Rahmat buat yang telah pergi meninggalkan kita

Harini on fb jer, dah dapat berita yang ayah kepada seorang Sahabat Internet telah pun dijemput Oleh pencipta-Nya. Kepada yang belum pernah melalui nya, mungkin tidak Akan dapat merasai Akan peritnya kehilangan ini. Hanya yang pernah merasai sahaja tahu macamana perasaan itu sebenarnya. Sehingga ke hari ini, air mata ini belum pernah berhenti mengalkr kalau aku sedekahkan yassin buat Arwah ayah aku. Sehinggga ke hari ini, air mata ini takkan berhenti mengalir kalau bercerita tentang Arwah ayah. Sehingga ke hari ini masih basah Dan segar Kenangan Arwah bersama aku tersimpan kejap di dalam diri aku.

Bukan aku menidakkan pemergian Arwah, bukan aku x redha Atas pemergian dia, siapalah aku untuk menghalang takdir yang telah diberikan. Kita semua milik Allah SWT. Allah berhak mengambil kepunyaan-Nya bila bila masa yang beliau inginkan. Kita sebagai hamba-Nya kene sentiasa bersedia Dan rela Atas segala ujian di Atas be tuk muka bumi ini buat Kita.

Aku masih ingat lagik, Dan tidak Akan lupa sampai bebila, sewaktu ayah dalam keadaan kurang sedar, dia diantara Ada Dan tiad a, aku bacakan dia surah yassin sewaktu di hospital ampsng puteri masa tue. Bila aku baca, aku baca tersengguk sengguk sebab menangis, dia boleh cakap macamnie " anak aku, tempat ayah dah baik nak, ayah dah nampak tempat ayah nak.. Jangan nangis nak... Ko jaga diri baik baik, jaga suami , jaga anak, jaga emak Dan adik adik,, nanti kita jump a balik kat tempat yang sama"

Sebab itulah sehingga ke harinie, kalau aku baca yassin , aku teringat Arwah ade sentiasa dengan aku. Hingga ke hari ni, aku masih rindukannnn Arwah. Ader baiknyaaaa aku rindukan Arwah ayah aku, dengan rindu ini aku Akan sentiasa sedekahkan pahala surah Fatihah Dan yassin buat Arwah.

Friday, February 3, 2012

Masa x mengizinkan

Alhamdulilah, dapat jugak aku jump a Kate @ ayu Akhirnya. Syukur dah dapat tunaikan hajat dia nak makan nasi beriani, lega betul. Walaupun aku Dan nazli agak kelam kabut jugak, tapi sumpah arrr rasa lega dapat jumpaaaa. Bayangkan bertolak kul 2 ptg, sampai Sana kul 3.30 - 4 lah , pastue kul 5.30 gerak balik. Sampai jerrr mlk kul 7 mlm" nazli kelam kabut antar tempahan kat masjid kul 7.30
Punya majlis. Dia balik kedai balik, dia kene masak rempah beriani. Dia Sampai rumah pukul 11.30 mlm. Satu hari yang cukup memenatkan hihihihihihi

Aku pulaks dah Sampai rumah, kene mandikan anak anak, pastue tgk keje rumah ashraf boleh pulak Ira kata dia lapau, nak makan, aku Tanya mak aku, Ira nak makan burger, boleh x? Mak aku kata boleh. Aku pun klua. Kedai burger yang biasa kami beli kat dpn 7e Tak bukak, aku koll mak aku, burger tue xde, mak aku ckp, mak nak burger lada Hitam mekdonel hihihihihi. Pandai tau mak aku makan burger tue. Aku pun lalu drive thru terus beli Dan balik.

Sehari yang cukup memenatkan Dan puas hati dapat mengembirakann hati insan insan yang tersayang.

Buat Kate @ ayu, semoga ko selamat sewaktu mengandung Dan melahirkan Cahaya Mata yang pertama. Semoga semua Nya selamat insya Allah aminnnnnnnnn

Wednesday, February 1, 2012

Dah nak balik dah

Ya Allah, cepat Nya masa berlalu. Aku ke hulu ke hilir, sibuk dgn Hal operation adik aku Dan masak tempahan di kedai, tup tup aku bukak inbox mesej fb aku, terus aku kol no Kawan aku yang bekerja di Taipei dan tgh pulang bercuti di Malaysia.

Ya Allah, dah berjanji nak jump a, Allah jer yang tahu aku hendak sangat jump a dia. Dia yang aku kenali Dari forum sebelum aku Kawen lagi. Nampak mmg macam x rapat, walaupun perhubungan antara aku dgn dia banyak di alam Maya, tapi jujur ingin aku katakan disini dia antara Kawan yang aku sayang. Dia pernah carikan aku tapak meniaga di putrajaya tempat dia bekerja dulu. Kami rapat time tue, aku pernah Pegi rumah dia sewaktu dia Dan Arwah dulu. Waktu dia kehilangan Arwah dia pernah datang jump a aku di Melaka, masa itu dia mmg tgh bersedih :((((

Hinggalah dia bernikah Kali ke dua, dia ader melayangkan kad buat aku. Aku x dapat pergi time tue koz tgh berpantang selepas melahirkan fahmy. Rasa ralat sangat x dapat menghadirkan diri ke majlis bahagia dia.

Dan dia ader di Malaysia Kali nie, ader di kl, dan cukup bahagia dengan suami yang tercinta Dan sedang mengandungkn permata hati yang pertama. Betapa aku gembira bila dapat tau dia mengandung. Sumpah, aku yang terlebih Lebih hepi bila berchatting dgn dia kat fb ttg dia yang tgh mengandung itu. Aku gembira sebab Allah berikan kebahagian buat dia. Aku kagum ketabahan dia, aku cukup kagum pad a dia, sebab itulah aku cukup suka berkawAn dgn dia. Cuma masa Dan keadaan yang membuatkan hubungan persahabatan macam tidak rapat, tapi jauh di sudut hati aku, aku gembira bila dia telah menemui sinar kebahagian yang baru. Terima kasih Allah Atas Rahmat Dan nikmAtmu buat sahabatku ini.

Dan aku berharap, Allah dapat izinkannn pertemuannnn aku Dan dia besok. Sebab dia Akan balik ke Taiwan hari Ahad nie.

Masakan mak

Aku rasa Semua mmg suka apa yang mak korang masak. Air tangan mak korang. Aku pernah dulu join satu forum, ade Kawan aku kata dia rindu masakan mak dia. Puas aku pk , apa yerrr lauk fav mak aku yang aku suka???? Susah tul nak carik sebab mak aku x masak atau jarang masak.

Aku x salahkan mak aku, dulu dia sangat penat. Kedai yang dia usahaksn dgn Arwah ayah aku dulu memerlukan dia komited kat Sana. Bukan macam Sekarang, macam kes aku. Ade maid Dari in don. Jadi nak x nak, balik skol a aku Cuma makan nasi beriani. Itu jerrr lauk aku makan bila balik skol a. X pun mee rebus kedai gemuk jual.

Bila economi mak Dan Arwah ayah ade peningkatan, barulah kami ade rumah x duduk kedai dah. Bila ader rumah, ader ler pembantu rumah. Lagi lah senang keje mak aku.x masak langsung.

Sebab tue aku xtau apa masakan mak aku yg aku suka... Lauk lauk hariraya pun aku yang masak.

Ader satu haritue, dia ckp dia masak longing tuk anak anak aku. Aku pun kacau lerrr piuk tue. Terperanjat aku tgk, mak aku potong sosej bubuh dalam muah lontong tue menggantikan tempe yang xde.

Aku: masya Allah lontong jenis apa nie? Ade hotdog kat dalam kuah lontong.

Mak: eleh ko masak lontong bubuh Tempe dgn taauhu langsung anak ko x makan. Mak bubuh hotdog berpinggan 2 dorang tam bah

Aku : tahun depan adik amek borang master chef mak boleh join hihihihihihi


Itu lagi satu peel mak aku, kalau masak Asam pedas, ikan pari dgn kembung boleh masuk satu piuk. Aku x boleh mcm tue. Mau satu jenis.

Tapi apa apa pun aku sayang mak aku. Walaupun dia x masak, aku yang masak utk dia. Dan aku pun mmg jenis yang suka masak, jd xde lah masalah :))

Friday, January 27, 2012

Sepupu dah x banyak dah

Waktu aku kat kl, sepupu aku zareen Dan dek as bermurah hati kasi aku tumpang rumah dorang. Zareen kat Taman desa, dek as kat shah alam. Tapi suami aku x kasi. Dia kata aku ader mertua, balik rumah Mertua. Nak Tak nak kenelah Pegi rumah mertua hihihihihihi.

Dua tiga Kali lah jugak suami kol aku tanya pukul berapa Aku nak sampai umah mak dia. Tapi dia Tanya penuh Berhemah " u agak agak sampai kul brapa yerrr??? Waktu tue pukul 11.30 mlm

I dah baiklah, I x notty notty lagik kekekekekeke

Thursday, January 26, 2012

Kekal selamanyaaaa

Abang aku umur 36 tahun. Umur aku 32 tahun. Dari Kecik mmg kami berdua. Dia bawak aku naik basikal duduk belakang petang petang. Masa tue kami duduk kat ujung pasig, Di kedai yang Arwah ayah aku pernah meniaga dulu.
Masa Kecik dulu kami pergi mengaji sama sama. Dia bawak aku duduk belakang basikal dia,Dan kadang kadang kalau ade duit, Akan ade India putu Mayam jual naik moto, , dia beli kami berkongsi makan kat depan tangga batu rumah orang yang aku sendiri x Kenal hihihihihihi

Pernah jugak sekali, aku jatuh longkang @ parit yang besar masa dia bawak basikal tue laju laju. Melalak aku time tue waktu aku Kecik Kecik, aku balik rumah melalak Melalak, ayah aku dgr, jal Akan kene marah. Dia selalu kene pukul atau marah bila aku melalak. Aku mmg kuat melalak hihihihihihihihi. Tapi walaupun bila aku melalak dia kene pukul, dia x pernah benci adik dia yang x comel ini hihihihihihi


Bila balik sekolah, kami nak bas sekolah sama sama. Waktu sekolah rendah, dia Akan belikan aku gula gula ketuk yang sedap sangat time tue. Atas bas jerrr dia akan hulur " ini utk adik....

Macamtue jugak kalau dia Pegi sekolah agama sebelah petang. Dia Akan bagi aku sepaket mamee.

Rapat kan kami dua beradik....

Hingglah bila Ada Hal Hal kecemasan, contohnya waktu menjaga Arwah ayah aku kat hospital, dia lah yang jaga, dia lah yang naik turun
ambulans Dan dia lah yang belikan makan Dan minuman luar kalau time tue aku atau emak aku punya time jaga.

Dan Hal hal kecemasan berlaku lagik, adik aku Ira plk kene masuk wad. Dia jugak ader. Dia Akan ader setiap waktu melawat utk menjaga adik aku Dan belikan makanan buat annisah yang Akan menjaga Ira sepanjang berada di hospital


Hebat kan adik beradik kami. , aku akan ader sehingga Ira sedar Dan selesai menghadapi pembedahan, annisah akan menemani kakak dia Ira dan anisah akan ttidur di hospital Dan menguruskannn diri kakak dia., Dan jal Akan sentiasa Ada di sisi adik adik dia waktu masa melawat. Hebat x kami??

Kami sentiasa Ada di antara satu sama lain walaupun kami Tak di,Lahirkan dalam satu rahim yang sama. Allah Temukan kami untuk menjadi adik beradik yang sangat rapat Dan saling Bantu membantu walaupun kami bukan adik beradik kandung. Terima kasih Allah Atas kasih sayang yang Ada dalam diri kami anak anak yang pernah di buang Oleh keluarga kandung sendiri tapi dibentuk Dan di didik baik
Di tangan emak Dan Arwah ayah angkat.